Tuesday, 28 April 2009

Woah..

Frigging hell, I just did a 20km run. Never thought could do it in weekdays tho. My quads still hurt or should I say sore from running/trekking up Nuang last Sunday with Bacin and Fong. I just ran and for the longest time I feel free. I feel energetic. Is it the songs that have been playing in my Ipod or is just because of the cold dark morning? I dont know, maybe it's both.

Or maybe I just miss the run itself. See, yesterday I went up to Kampar, Perak. My granddad's(To'Ki or Tok Lelaki) younger brother passed away the day before, and so I drove my mom up to there to visit the family and attend the burial ceremony. Well that kinda explain why I miss the morning run. And on the evening, there were this heavy pour of rain in Setiawangsa, which makes me can't run.

Today. Well today..It is so just darn good. Some more I increase mileage from 16km on last Saturday to 20km today. I just feel superb..

Saturday, 25 April 2009

Panas

It's so hot right now. Blaring hot and it's like 5 in the evening. Global warming effect, that's what been going on lately. I wanted to run but it's just too hot to me. Ran 16km this morning, but then I ran too late and while wearing a windbreaker. 9am+Windbreaker? Damn freaking hot and super tired. My original plan was to run 25km, but then I'm too tired, so just flunk the plan then. Janji lari, thats what I tell myself. KL Marathon is somewhere in the corner and I still havent do any 30km run yet.

I don't know whether I want to go for a swim or not right now. Still hot outside. I know one thing for sure,even if I go to the pool, even I targeted a 1000m swim. I will still swim less then 500m. I'm so not liking swimming.

I'm still on the couch, watching Astro, outside is still hot. And I'm still contemplating whether I should run or swim.

It's so hot outside..

Sunday, 19 April 2009

Gunung Nuang pt2

Bangun pagi pagi, otot belakang dengan otot peha sakit. Masa bangun pagi tadi sikit punye seksa. Nak jalan, pun sakit semacam. Ingat nak lari pagi tadi, tapi takpe la, petang kang lari la kot. Lagipun tangan ku luka. Pedih lak kena peluh kang.

Sambung pasal semalam.

Naik ke atas G. Nuang dalam dekat dekat pukul 8 pagi. 7 lebih gak. Memula jalan tu besar. Tak tahu berapa km sebenarnye tapi tak silap aku macam 5km. Seperti kata AJ, jalan double track.


Jalan sikit punye curam, dengan berpasir, tak rata, banyak batu kerikil dengan batu batu besar yang terhakis. Tapi yang best ada gak orang naik atas tu guna kapchai. Nampak macam susah gak aa. Azmar lak kasik tahu ada orang main mtb kat situ, aku tengok sikit punye curam cemana lah nak main. Nak jalan pun sikit punye susah. Penat gak aa. Nak meletup jantung aku jalan kat situ (baru jalan). Aku ingat ni kira dah mula naik G. Nuang, tapi belum. Bak Azmar kata, this is just the easy part. Jalan ni habis dengan sign "Bring Nothing But Memories".


Kalau itu macam pun dah easy part, macam mana agak yang bukan easy punye part? I shall find out later in the day. Ahahaha..Lesson pertama bila nak pergi tempat baru. Banyak banyak la carik info pasal tempat tu, expect the route. Aku dah macam teghejah betul ni aa..Ngan makan pun sikit, air pun sikit, betul carik pasal..Or so I thought..

Dari situ, dah start kena lompat lompat atas batu, lintas sungai/stream untuk ke Kem Lolo, kat situ air sungai sikit punye fresh, best mandi..Aku minum, masa tu dah dahaga dah. Tapi tak nak guna air dalam beg. Tempat situ dah nampak macam empangan kecik.

Ada dua site untuk camping kat Kem Lolo, situ jugak la ada sungai, sesuai untuk sesapa yang nak mandi mandi kat situ. Atau saja nak berkelah ke.

Lepas tu naik lagi ke Kem Pacat. Start naik dari Kem Lolo tu, jalan dari berbatu batu, dah jadi clay merah. Masa ni masih lagi kering, so senang nak naik, paut akar sana, paut akar sini. Naik!! Ingat ada gak sejam lebih nak sampai Kem Pacat. Ada gak potong beberapa orang/group lain.

Ada orang tua, ada budak sekolah. Memang respect la sesapa yang naik gunung ni dalam usia macam tu. Tini dah berapa kali berenti. Letih, tengok tangan dah menggeletar. Terime kasih kepada semua sebab bagi dia banyak galakkan. Azmar, Kam, Aj, dengan pep talk korang. Julie dengan tips tips and kata kata semangat. Aku lak rasa bersalah giller, bawak lagi anak orang..huhuhu..



Kitorang teruskan ke atas dari Kem Pacat, sambil tu jumpa tapak Good Good Mountaneering. Ingat macam kata kata semngat atau another camp site.Abaikan, kitorang naik atas ke Puncak Pengasih, situ rasa macam sejam ke dua jam lebih. Tanah dah makin curam. Jalan berbatu batu. Banyak panjat. Sampai Puncak Pengasih / Bukit Pengasih ingatkan dah puncak, rupenye belum lagi. Dari situ pergi ke kiri untuk ke puncak. Aku baca kalau naik ke arah kanan akan pegi ke Janda Baik (amik masa 1 hari).


Dari situ dalam sejam (atau kurang) nak naik ke puncak. Mental gak masa tu, kaki dah lemah, kepala otak pun dah semacam. HELP!!! Tapi at last sampai gak puncak. 5 jam jugak la nak naik. Masa menuju puncak tu, kabus dah nampak, cuaca sejuk sikit. Sampai kat atas dah start drizzling sesikit dah. Aku just cari tempat nak duduk kejap, sambil makan. Masih lagi dahaga, tapi Aghil kasik sikit air. Aku cuba gak nak minum air hujan, tapi tak berjaya.


Lepak situ kat puncak dalam 30 minit. Pastu kitorang dah mula kutip sampah, mulanye just guna dua plastik. Lepas tu kitorang dah start turun bawah. Azmar leading dengan dua sampah kat tangan. Membaling plastik sampah ke bawah sambil turun.

Turun amik masa yang cepat sebenarnye. Tapi kalau lagi ok keadaan badan, lagi cepat. Tapi memasing dah letih. Mental, and tak cukup air. Aku lak sibuk timing masa, aku tak tahu kenapa, tapi memang turun lagi cepat la. Mana mana orang ku jumpa dalam perjalanan turun, aku kasik tahu lagi berapa minit nak naik ke puncak. Tapi memang la bunyik macam cepat, sebab kitorang menurun.

Dari puncak Nuang ke Puncak Pengasih, ada gak dalam 15 minit. Pastu just turun, sambil layan mental. Gilir gilir bawak turun plastic sampah. Aku terjatuh (slip) sekali, sakit bontot, luka tangan dengan kaki sikit luka. Masa naik dah kena gigit pacat.

Turun pun sebenarnye amik masa dalam 5 jam. Aku tak boleh fokus sangat sebab aku tunggu sungai. Dahaga tahap melampau. Aku asyik tanya Julie bila nak sampai sungai, dia just kata peka dengan bunyi sungai. Masa turun tu, bila dah sampai Kem Pacat, sikit punye happy aku. Bila dah sampai site Good Good Mountaineering, tengok ada orang pasang khemah, siap dengan botol wine. Hah! berparti di Gunung, cis. Yang aku paham Good Good Mountaneering ni macam Pacesetters la lebih kurang, atau pun HHH (Hash House of Harriers). Buat aktiviti berkumpulan.

Turun menuju Kem Lolo, sambil turun, telinge dengar je bunyik sungai. Kejap bunyik kat kiri (distant je bunyik) pastu bunyik kat kanan. Tapi tak sampai sampai lagi. Setiap kali jumpa orang naik, aku lak yang tanya jauh lagi ke idak ke Kem Lolo. Fuh..mental.. Semua cakap 30 minit lagi la, less then one hour la. AIRRRRR!!!!!WATEERRRRR!!!

At last sampai gak ke Kem Lolo dan sungai tuh..FUHH..Minum air, refill air, minum air..ahahah..bagi ok sikit badan. Tini perasan badan aku berasap masa tu. Nampak sangat panas badan masa tu.Lagi sejam lebih je nak ke Parking Kereta...


Lepas tu badan dah segar sikit. Pace agak laju. Dari Kem Lolo ke jalan double track tu agak kejap la. Cuma dari Double Track tu ke kereta yang lama sikit. Sejam kalau aku tak silap. Mental gak sebab aku dah tak sabar nak habis kan benda ni semua.Elok sampai situ, dah hujan.


Aku bergerak slow dengan Tini, dia pun sakit kaki, sakit belakang and sakit pinggang. Support dia, sebab dia sakit masa lalu jalan yang menurun, dan push dia sikit masa naik. Katanya plantar dah start rasa sakit, jari kaki pun dah start cengkam. Memang tengok muka pun, muka dah takde expression.

Aku tak ingat berapa jam jalan. Aku pun dah letih masa tu. Kaki pun sakit. Tapi ada orang jalan sekali, ok la sikit. Jalan tu pun mental sebab setiap curve tak tahu dah habis ke idak. Tapi at last habis gak, memang sampai pun pukul 7 lebih. Terima kasih Kam, sebab tunggu kan kitorang. Ouh, masa lalu jalan Double track tu, tahu tahu dah ada pacat lagi sekor kat kaki aku.



Sepanjang perjalanan tu, aku asyik teringat ayam KFC dengan Coke botol besar. Lapar..ahahaha.. Mulanye lepas basuh badan sikit, ingat nak join the rest of the gang makan kat bt18, tapi kitorang lambat sangat dah, sampai sampai Kam pun dah nak balik. Maka aku dan Tini pun terus ke KFC kat stadium Cheras, makan.

Gambar dalam post ni banyak aku amik dari Kam Kasturie, dari facebook dia actually. Thanks to Julie sebab ajak kitorang naik Nuang. Thanks to the rest of the gang, sebab banyak tolong. AJ (i still can't believe that you are 50 something), Azmar, and Julie korang memang kuat aa..2 budak UTP yang aku tak tahu nama, you guys are like talking walking radio, whoever your name was, wherever you are, kalau korang senyap sangat pun bosan gak. Kam dengan muka cool dia. Aku tak tahu bila dia actually penat. ahahaha..
Tini, newbie yang lebih kurang kena con untuk naik ke Nuang, tapi habis. I respect you.

Saturday, 18 April 2009

Gunung Nuang..

Gunung Nuang, ketinggian rasmi 1,493 meter (4,898 kaki). Jangan tanya aku, aku tak tahu tu berapa tinggi..hehehe..Check la sendiri guna pembaris ye..

12jam punye perit. Tapi aku dah sampai puncak Gunung Nuang. All thanks to Julie for invited me joining her clean some garbage programme (kira macam orang Alam Flora, cuma kena panjat gunung).

And then some more, sambil aku tulis ni, aku jalan tempang and all my toes are hurting. Tak termasuk sengal sengal otot kat badan aku nih.

Start pagi tadi dalam pukul 7 lebih. Patutnye dalam email kata start pukul 645, tapi disebabkan kereta Julie rosak, maka start lewat sikit. Takpe la pun, aku sampai lambat gak. Salah budget timing ngan tak tahu jalan sangat. Aku pi amik Tini kat Subang sebelum pegi situ.

Ni list orang yang naik sekali.
AJ
Azmar
Akhil
Adik angkat Julie
Julie
Kam
Kawan adik angkat Julie
Rashid
Tini

Tak tahu nak cerite cemana, sebab kepala aku pun penat, ngantok wuuu. Naik amik masa lima jam, turun pun lima jam. Sakit seyh..ahahahhaha. Aku nak tido..

-------------------------------------------------------------------------------------------------