Friday 26 January 2018

Perjalanan Larian Ku Mula Kembali

Aku sepatutnye tido masa ni. Esok nak gerak awal pagi balik ke KL, tapi sebab tak boleh tido, mata ngantuk tapi tak boleh nak tido. Takpe lah, selit la satu post kejap. Lagipun lama sangat tak post.

Alhamdulillah, aku dapat start balik Lari dengan serius. Race menjadi motivation, kawan kawan dan keluarga menjadi support. So far dah join MBSA Ultron Half Marathon, Twincity 21km ( Terima kasih Biotech USA (Malaysia) sebab kasik bib ). Ni bakal join Marina Bay Run - 30km. LSD 25km belum buat nih (geruunnn).

Terima kasih buat Shah Alam Running Club (SARC), yang bagi route kat Shah Alam.

Aduii..dah tulis post ni lah tiba tiba mengantuk balik. Tido dulu, aku harap dapat post kat sini lebih lanjut.


Saturday 25 November 2017

Lama tak update blog ni, aku pun lupa dah pasal blog ni. Yang ingatkan aku pasal blog ni pun, wife aku. Itu pun sebab dia pi baca balik race report aku masa Ironman Langkawi 2009.

Cakap pasal Ironman Langkawi, aku rindu pulak nak buat Ironman untuk 2018. Tapi bila tengok registration fee,  tertelan air liur jap. 3500 Ringgit, dulu 500 ringgit je kot. Bwahahaha.

Baru baru ni, dah 2 minggu aku start lari balik. Tengok lah cemana... Nak masuk IM tu, pikir banyak kali gak la, nak carik basikal dah satu hal.

Monday 22 June 2009

Kasik pecah itu jantung...

Hari ni aku tak tahu setan apa masuk badan aku. Aku lari laju untuk 7km. Pantang slow down, aku lajukan balik. Tetibe dalam hati aku nak dengar sangat Nike+ Ipod tu cakap "Congratulations, you did the fastest mile".

And memang aku pegi laju la tadi..fuhh..Lama tak lari laju. Mahu meletup jantung nih..

Dura Ace 1380 Carbon Wheelset




This is the picture for the wheelset in BBS









Tuesday 9 June 2009

Pergi ke Xterra balik dengan Sakit Tekak

Aku pegi Xterra dengan separuh hati. Keadaan yang agak kelam kabut bagi aku , dengan tak book bilik ape semua menserabutkan kepala otak aku. Tapi nak tak nak aku kena pegi jugak, nak buat cemana aku team dengan orang lain. Kash ngan Alwin dah pegi dulu dah. Aku mintak diorang amikkan nombor aku.

Aku bertolak pagi Ahad, pukul 1 pagi. Memang aku plan nak tido kat Pantai Telok Cempedak tu je. Tak pun tido kat lobby Hyatt je. Dalam bas memang aku tido baik punye, tak tahu lak aku Transnasional ada bus 3 seater. And terer mak aku belikan tiket yang single, mekasih mak.

Bas sampai Terminal Bas Kuantan elok dalam pukul 430 lebih. Dari situ aku cadang nak pegi Telok Cempedak jalan kaki je, memandangkan jarak dari terminal bas ke pantai dalam 5km gitu. Amik masa sejam gak aa kalau jalan. So aku tanyakan harga teksi/kereta sapu dulu. Rm20, cibai!!Gila mahal. Cekik darah betull. Pikir pikir balik, baik aku save kaki aku untuk race karang, naik je lah teksi. Last last bukanlah teksi sangat, kereta sapu je.

Sampai Hyatt Regency, aku cuba lepak kat lobby, duduk tak sampai 5 minit, pak guard datang kat aku tanya aku buat ape, aku cakap aku tunggu orang. Padahal sebenarnye aku nak tido. Dia dah tanya apa ke nama kawan yang duduk situ, aku kasik la nama Kash ngan Rais. Pastu hilang pak guard tuh. Sebelum dia datang balik, baik aku carik port lain nak tido. Kang kena kacau bosan gak aku.

Aku pegi la kat pantai, tengok tempat tu penuh ngan bebudak pakai baju Powerbar, dengan tulisan CREW kat belakang, volunteer la kot. Awal depa bangun. Aku jumpa port tido aku, ada tangga batu kat situ, sama lokasi dengan DJ Station. Tangkap tido je la. Tido tak lama, dalam 40 minit je. Aku terbangun bila dah nampak Jason, pastu diikuti dengan Stupe dan Geoff Kronenberg. Sembang sembang dengan Jason, tetibe sakit perut lak. Aku pi la Mcdonald situ, tandas tak ingat nye kotor, ilang mood eh. Terus aku pegi ke KFC yang kat sebelah Mcd tu, membuang kat situ laa..

Tak tahu nak buat ape dah, aku jenjalan kat area tu, nampak Adli dengan Kar Yan tengah setup barang race, saja la sembang ngan diorang, aku rasa tak pernah aku sembang dengan Adli tu, selalu chat je. Tak lama kemudian Kash call aku ajak bekpes kat Hyatt, aku meng-excusekan diri ini lalu berjumpa Kash. Sembang sembang kat Hyatt sambil mengambik aku nye bibs.

Elok dah nak habis bekpes, Alwin call. Kash pergi buat body stamp, aku lepak dengan Alwin. Lepas tu saja jalan jalan melihat keadaan sekeliling sambil menunggu race start. Lupa cakap Alwin datang dengan awek dia Tash(Tasha).

Aku tahu Pro/Solo dan Relay start berasingan, tapi aku tak ingat masa start pukul berapa.
Swim relay kitorang - Kash - 38min
MTB - Alwin - 1jam 38 min
Lari - Aku - 1jam 02min

Masa swim tu, aku ke hulu ke hilir, jenjalan. Kacau orang sana sini. Tengok keadaan, belum apa apa Alwin dah kena duduk kat Transition area. Aku tak tukar baju lagi, lama lagi nak lari nye pun. Bila dah Kash naik, baru aku tukar tukar baju. Lepak sama Rais and Kash, pastu baru aku lepak holding area/transition.

Menunggu Alwin sungguh la seksa. Sebab memang budget lagi sejam dia akan sampai, tapi Host dah suruh runner masuk awal awal. Dia punye rasa anxious lain macam. Lagi lagi tengok sorang sorang solo dah masuk and lari. Sembang dengan Tahira, Omar Yip, dan sape sape yang aku tak ingat nama. Pastu sorang sorang hilang. Mentaalll!!! Ouh, Tahira nak kawin lagi dua minggu lepas Xterra. Aku tak amik lak tarikh..herm

Lepas tu, tup tup aku punye turn. Alwin aku sudah nampak..Cun lah!! Ape lagi, cabut..Pakai Ipod sambil lari. Itupun jenuh kena cover, takut kantoi sama marshal, hehehe..Ku berlari sambil berasa sangsi, boleh ke ku buat/survive lari trail ni eh. Dah la aku kantoi masa Perhentian hari tu. Genting Trailblazer lagi, Batu dam lagi..Banyak bermain dalam kepala otak aku. Yang aku ingat memula start dengan jalan tar, naik membukit sikit, pastu turun sikit..then masuk hutan..pastu kuar jalan tar, masuk balik taman permainan/taman binatang. Situ dah banyak tangga, bukit, masuk dalam hutan, banyak naik bukit, turun tangga, tahu tahu dah pegi pantai. Dari pantai terus ke batu pantai, panjat naik tangga kat Telok Chempedak tu..nanti ulang balik jalan tu..Cuma kat pantai kali kedua terus ke finish line. Timing pun boleh tahan, kurang percaya gak aku. 1 jam lebih je. Walaupun aku ada berjalan gak. Tapi Ok gak aa timing..

Masa lari last tu, hujan. Towel powerbar yang dikasik kepada aku tu, aku buat tutup kepala je. Lupa cakap, kat finish line, aku disambuti Alwin. Thanks Alwin. Medal ko kat aku lagi aa..

Settle bagi chip, amik medal. Aku terus pegi Hyat, jumpa Kash and terus balik..The End..

Credit to Xterra Krew.

Kepala Besar - Shazly Khan + T. Zafrul
Lain Lain Kepala boleh tahan Besar - Yang mana nye kebanyakkan nye dari Letuang
Azmar
Julie
Bandit
TSB
Nik - Body Stamping
May Sen - Jaga Chip redemption counter
Jason Who? - Design macam macam artwork - The T Shirt rock man
Dicky..

Dan sapa sapa lagi yang aku lupa sebut..
BRAVO!!

Sunday 7 June 2009

Xterra

Aku ada kat stesen bas pudu masa tulis ni. 8as ke kuantan pukul 1 pagi. Aku cadang, sampai sana terus aku ke Hyatt hotel dan jumpa sama Kash ngan Alwin. Secara jujurnye aku rasa macam malas nak ke Xterra nih. Mungkin sebab persiapan pun kurang. Perjalanan ke Kuantan ni pun macam kelam kabut. Takde hotel aper sume. Tapi tengok la cemana karang..

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60192664972

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Friday 5 June 2009

Thank You Powerbar

Few days ago I got an email from Powerbar saying that I am one of the winner for some short story contest. Honestly, I dont think I have a shot in that contest. I just submit without any hope that I will win something. I do sucks at contests.

Prize worth of RM200. The timing is just great, I'm in training for Standard Chartered KL Marathon..

Thank you Powerbar